Jawatankuasa Pembangunan & Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (JAPERUN)
JAPERUN telah ditubuhkan bagi membantu kerajaan negeri di dalam merancang dan memperbaiki pembangunan di tempat-tempat tertentu dalam kawasan Dewan Undangan Negeri.
Melaka merupakan satu-satunya negeri yang mempunyai JAPERUN yang tersendiri. Terdapat sejumlah 23 JAPERUN di negeri ini yang dipengerusikan oleh YB ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri) kawasan tersebut.
Ahli JAPERUN terdiri daripada:
- Pengerusi - pengerusikan oleh YB ADUN kawasan
- Setiausaha - Setiausaha JAPERUN
- terdiri daripada Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung di setiap kawasan dan wakil dari jabatan kerajaan.